"....saat pertama kali kakiku melangkah ke gerbang menara gading perasaan teruja menerjah di sanubariku, aku tak pernah terlintas di fikiran yang aku akan menjadi sebahagian daripada warga Universiti Malaysia Kelantan(UMK).........
ALHAMDULILLAH.....!!!!!!!!
aku bersyukur
sangat-sangat.......emmmm...Saat melihat suasana di UMK nie pelbagai gelagat manusia dapat ku lihat,,,,,,bila diimbas kembali terasa lucu la pula....Ada yang berwajah ceria,sedih,teruja,gembira,dan ada juga yang berbaur-baur.....dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.......dan bermacam-macam perasaan lagi..........nie mungkin pertama kali terpaksa berjauhan dengan keluarganya kan.emm Kenangan yang kukira paling lucu dan tidak dapat ku lupakan iaitu minggu pertama tinggal di kolej kediaman kampus kota......boleh dikatakan juga minggu pertama kami bergelar sebagai siswazah yang diisi dengan miggu 3M iaitu Minggu Mesra Mahasiswa.......
minggu 3M
hari terakhir minggu 3M
banyak program yang aku rasa sangat berguna bagi kami yang baru di alam universiti nie......hihihi.....'syukran jazilan' kakaq-kakaq dan abang-abang fasilitator yang banyak berkorban masa dan tenaga........semata-mata untuk melayan bermacam-macam karenah yang ditunjukkan oleh siswa dan siswi dengan penuh kesabaran......setelah seminggu berkampung di kediaman kampus kota......,kami siswi fakulti teknologi kreatif dan warisan dan termasuk juga dengan siswa dan siswi fakulti veterinar telah diarahkan untuk berpindah ke kediaman sri kemumin di padang tembak atau dikenali juga dengan lapang sasar..........pada aslanya.....di sini adalah kediaman pelajar politech mara.....kami ditempatkan di sini hanya sementara kerana terdapat beberapa kesulitan yang tak dapat dielakkan........ hal ini juga kerana,,,,, jumlah kami yang agak ramai tidak dapat menampung kami disitu.......tambahan lagi dengan kemasukan pelajar senior......Pada masa itu pelbagai reaksi dapat dilihat dan terpancar jelas di raut wajah kebanyakan mahasiswi FTKW dan veterinar kerana masing-masing tak sanggup untuk angkat barang yang banyak..........huh... bagai orang yang baru nak pindah rumah,,,,,,,,maklumlah perempuan banyak barangnya berbanding lelaki. Pada hari kami pindah tuuuuu.......!!!!! lautan barang menghiasi gelanggang bola tampar ,,,,......tiba di sri kemumin keadaan kediaman amatlah tidak memuaskan ditambahkan lagi rumah aku yang sepatutnya aku diami dibanjiri air kerana paip singki bocor.......almaklumlah kediaman nie sudah lama tidak berpenghuni.....Malam tersebut kami tidur dalam keadaan yang tidak selesa tapi tidak menjejaskan tidur kami kerana masing-masing sudah terlalu letih mengangkat barang.......keesokkannya kami bersama bergotong-royong dibantu oleh siswa membersihkan kolej kediaman sri kemumin sebersih yang mungkin......!alhamdulillah akhirnya siap dengan SUKSES sekali....!!terlalu banyak kekurangan yang terpaksa kami tanggung......antaranya bilik yang teramat kotor,tombol pintu yang rosak,ketiadaan air dan banyak lagi......ALHAMDULILLAH segala masalah itu dapat diselesaikan dalam masa yang cukup singkat............terima kasih aku ucapkan kepada semua yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal ini....!!!!sekarang..... aku menjalani hidup sebagai mahasiswa di umk dengan dengan penuh kegembiraan mengikuti jadual kuliah dan sebagainya disamping rakan-rakan yang banyak membantu.......!!!begitulah serba sedikit yang dapat aku coretkan untuk tatapan semua pembaca..... tentang pengalaman aku pertama kali memasuki alam universiti....
No comments:
Post a Comment