Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar
iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai
menjadi penghuni Neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara
mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih
ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu banyak
mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang
kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada
golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah
maksud kekurangan akal dan agama itu? "Rasulullah s.a.w bersabda:
"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan
penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu
juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang
dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah
yang dikatakan kekurangan agama"
(Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment