Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang
menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta
pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah
menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima
perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak
tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana
terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki
ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain
itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan
beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain
menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam
peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah.
[al-Ahqaf 46:15]
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda
lebih besar daripada seorang ayah:
-
Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
-
Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
-
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi
bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata:
“Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku
sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!”
[Maryam 19:23
4.
Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya.Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada
perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya
dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga
hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah
berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala
memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia
(Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu
jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara
Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke
laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula
berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu
dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul
Kami.
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun;
kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi
mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah
golongan yang bersalah.
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu
membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan
dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong;
sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan
berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan
sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang
yang percaya (akan janji Allah).
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar
beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang
orang ramai tidak menyedarinya.
Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada
perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya
itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku
tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya
untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya
tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan
bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah
(untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka
tidak mengetahui
(yang demikian itu).
[Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih
cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor
penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan
mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka.
Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang
“hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati
ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan
Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah
hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda
lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu
dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi
perhatian dan keutamaan kepada ibu.
Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang
lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma,
“Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku.
Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya
menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat
untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah
kepada-Nya semampu mungkin.”
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn
‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada
ibunya masih hidup?”
No comments:
Post a Comment