expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 14 December 2012

 Murtabak Meggi

Kadang-kadang, kita (terutamanya yang masih bujang) tiada skil dan masa untuk menyediakan masakan yang kompleks (seperti lauk-pauk yang namanya pun dah cukup panjang - contohnya, 'Gulai Nangka Masak Lomak Cili Api').
Oleh sebab itu, bagi mereka yang belum 'pakar' dalam bidang masakan dan baru hendak mula berjinak-jinak dalam memasak, bolehlah mencuba resipi 'Murtabak Maggi' ini :)

Bahan-bahan (untuk 3-4 orang makan):

  • Bawang merah kecil (2 biji)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Sosej/isi ayam/daging cincang
  • Cili api (optional)
  • Maggi dan perencahnya (2 paket)
  • Telur ayam (3 biji)
 Cara masakan :

01.Rendam maggi sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
02.Gorengkan hirisan sosej bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan cili api. Angkat   dan ketepikan.
03.Di dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur, campurkan perencah maggi dan pukul.
04.Masukkan maggi dan bahan dalam langkah 2 tadi ke dalam mangkuk berisi telur. Gaulkan rata.
05.Panaskan satu sudu minyak dalam kuali dan ratakan di sekitar kuali.
06.Masukkan campuran dalam langkah 4 tadi dan tekan-tekankan menggunakan sudip supaya maggi dan telur menjadi lebar.
07.Setelah agak masak telurnya, balikkan murtabak dan biarkan bahagian seterusnya masak.
08.Potong ikut suka hati. Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
09.Makan bersama sos semasa masih panas.
- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment